Assalammualaikum... Hey guys! Sorry sebab dah lama tak update blog. There are something that you guys don't know what happened and what will happen to me in my life this month.
Hari ini, 30 August 2013, sekolah saya ada mengadakan majlis ambang kemerdekaan. Jadi, semua orang kena pakai baju tradisional kaum masing-masing. Saya pakai plain baju kurung warna maroon sebab saya suka pakai pakaian yang plain. Kasut pula, saya pakai flats yang berwarna coklat. Plain jugak. Kelas saya mengadakan jamuan kecil- kecilan yang bertukar kepada sebuah jamuan besar sebab terlalu banyak sangat makanan yang kiteorang bawa. Meriah sangat tapi yang tak seronok ialah kiteorang kena kemas balik apa yang kiteorang buat. :P Banyak pulak tu.. \(>_<)/
(saya tak ada dalam gambar.. :( saya dekat belakang dewan)
Apa yang saya akan lakukan esok, pada 31 August 2013 adalah pergi tengok wayang dengan kawan dekat KLCC. :O Kawan saya cakap kami akan tengok cerita baru yang kami berdua dah lama sangat tunggu... One Direction: This Is Us, movie yang kami berdua tak sabar nak tengok esok. Kalau sesiapa pergi KLCC nanti, bolehlah pergi tengok movie ni..
Okay... Setakat ini saja saya akan update sebab nak prepare untuk esok. HAHHAAHA.. Just kidding.. Maybe saya akan update lagi, ok? BYEEEEEEEEEE!!
No comments:
Post a Comment