Saya nak post bab 2 novel saya.Hope you guys enjoy!
Bab 2
Jam
tangannya telah menunjukkan pukul 1:00 petang.Semua orang sedang menunggu
kelibat Wawa yang di bawa ke klinik yang terletak di Pulau Pinang.Maya tidak
boleh berhenti fikirkan tentang keadaan Wawa.Tiba-tiba,doktor keluar daripada
bilik pesakit sambil tersenyum.Maya dapat rasa yang Wawa tidak akan
apa-apa.”Cikgu,Wawa hanya perlukan tenaga yang banyak dan cukup rehat”doktor
itu memandang tepat kearah Cikgu Sari.Semua mata tertumpu apabila suara Wawa
menjerit dengan kuat.Semua orang berpaling antara satu sama lain.Mereka tidak
tahu apa yang mereka patut lakukan.Wawa keluar daripada bilik pesakit itu
dengan muka yang agak pucat.Maya yang dari tadi hanya tercegat di sebelah Cikgu
Sari,terus berlari ke arah sahabat karibnya itu.Wawa hanya tersenyum kelat
melihat telatah kawannya itu.’Syujur kepada Tuhan kerana telah menyelamatkan
Wawa’.
Wawa
tidak berkata apa-apa sejak daripada tadi.Cikgu Sari hanya bercakap dengannya
sewaktu di klinik sahaja.Suasana di dalam ferri itu amat sunyi tanpa sebarang
suara.Maya tidak faham apa yang telah terjadi.Mungkin mereka kepenatan
rasanya.Tiba-tiba,dia teringat fasal Aie yang menegurnya di sekolah pagi
tadi.’Adakah Aie hendak mengenakan aku seperti biasa ataupun
sebaliknya,ya?’.Soalan yang sama sedang berlegar-legar didalam fikiran
Maya.Maya ingin menjenguk Wawa yang duduk di belakangnya itu.Eh!Mana Wawa?Baru
saja dia ternampak Wawa ke tempat duduknya tadi.’Mungkin dia ke tandas’.Maya
tiba-tiba berasa pelik.Ferri AO-13 itu seolah-olah berhenti di tengah
lautan.Kepalanya terasa pening dan tiada sesiapa pun di sekelilingnya!Maya
tidak boleh menahan lagi kesakitannya lagi.Dia terus terjatuh ke arah penumpang
yang duduk di sebelahnya iaitu..
“Dimana saya
ini,Wawa?”tanya Maya dengan nada yang separuh sedar.”Kita sudah sampai di hotel
penginapan kita di Langkawi ini”Wawa kelihatan sangat risau dengan keadaan Maya
itu.”Tunggu sebentar,ya.Biar saya panggilkan Cikgu Sa kemari,okey?”Wawa
bertanya dengan nada yang manja.”Okey.”Maya hanya tersenyum kelat
saja.”Cikgu,Maya sudah sedar.Dia masih di dalam biliknya.”Wawa memberitahu
Cikgu Sari tentang Maya.Cikgu Sari hanya menganggukkan kepala sambil berjalan
ke arah bilik yang bernombor 25-8-SUIT.Setibanya Wawa dan Cikgu Sari di sana,mereka
tekejut kerana Maya tidak ada di atas katilnya!Wajah Cikgu Sari dan Wawa
kelihatan agak cemas.”Assalammualaikum,Cikgu Sa,Wawa”.Wawa dan juga Cikgu Sari
terus berpaling ke arah pemilik suara tersebut.”Maya!”jerit Wawa dan Cikgu Sari
dalam nada kelegaan.Maya tersenyum manis ketika melihat mereka berdua gembira.