Saya

Sunday, August 5, 2012

Novel saya.

                                                     Assalammualaikum my dear friends.
                                      Saya ada berangan nak publish novel yang belum siap.But,saya tak tahu nak letak tajuk apa.So,I hope you guys enjoy my 10 years old  novel.Can anyone suggest the title please?  >.<


                                                                     Bab 1

Seaawal 5:30 pagi lagi Maya sudah bangun daripada tidurnya.Dia harus bertolak ke Langkawi untuk Kursus Kepimpinannya di sana.Dia menuju ke arah bilik air lalu mencapai berus gigi dan ubat giginya.Setelah selesai semua urusannya di dalam tandas,dia terus ke dapur untuk menyediakan sarapan paginya.Maya selalu memakan bijirin kegemarannya setiap pagi.Dia menuangkan susu segar ke dalam sebuah mangkuk yang berisi bijirinnya itu.Sedang dia menjamu sarapan paginya,telefonnya berdering.Maya pun lantas mengambil telefonnya yang terletak di atas meja makan.Wawa,rakan sekelas Maya yang menelefonnya.”Hello,Maya.Ini saya nak tanya sikit,awak pergi ke sekolah pada pukul berapa?”.Maya memandang ke arah jam dindingnya.Alamak,sudah pukul 6:00 pagi!


Dia seharusnya berada di sekolah pada jam 6:15 pagi.”Alamak,macam mana saya tak boleh perasan!Okey,okey,saya ke sana sekarang.Assalammualaikum,Wawa”.Maya terus menuju ke arah biliknya lalu mengambil beg-beg yang dia akan bawa ke Langakawi nanti.

Setibanya Maya di sekolahnya,dia melihat ramai pelajar yang berkumpul di Dewan Terbuka sekolanya itu.”Assalammualaikum,Maya”kedengaran suara seorang lelaki yang agak kurang jelas.”Waalaikummussalam”Maya terus berpaling ke arah pemilik suara itu.Rupa-rupanya,itu adalah suara Aie,rakan sekelasnya.Maya mula berasa malu kerana Aie sentiasa akan menegurnya ketika dia ada berdekatan dengannya.”Oh,awak rupanya Aie”kedengaran nada suara Maya semakin perlahan.Maya hanya menundukkan kepalanya.’Bilalah dia ini nak berubah?’gerutu Maya di dalam hatinya.”Murid-murid diminta beratur mengikut kelas masing-masing.Maya berlari sepantas kilat meninggalkan Aie yang berada di hujung dewan bersendirian.Aie hanya mampu tersenyum.

Maya dan Wawa menaiki bas yang sama untuk ke Kedah sebelum mereka akan menaiki ferri untuk ke Langkawi.”Maya,awak ada rasa nak muntah tak?”tanya Wawa dengan nada suaranya yang agak serak.”Tidak.Awak pula bagaimana?”Maya curiga melihat Wawa yang sangat keletihan itu.”Ya,memang betul saya ingin muntah.Saya tidak sempat bersarapan pagi tadi kerana terlalu lambat banagun”wajah Wawa kelihatan sedikit pucat.”Wawa,awak tidak apa-apakah?Kalau awak sakit,biar saya panggilkan Cikgu Sari,boleh?”.Wawa hanya menganggukkan kepalanya tanpa berkata apa-apa.Maya terus mencari kelibat Cikgu Sari yang menjadi guru bimbingan kursus itu.”Cikgu Sa,Wawa kata dia terasa hendak muntah kerana pagi tadi dia tidak sempat megambil sarapannya”Maya menjelaskan kepada cikgunya.Cikgu Sari terus ke arah tempat duduk Wawa sambil membawa beg galasnya.Alamak!Wawa sudah separuh tidak sedar! “Wawa,bangun Wawa.Ini cikgu.Kamu okey ke?”tanya Cikgu Sari dengan lembut.Wawa telah pun berdiri supaya dia tidak pengsan tetapi sudah nasibnya untuk pengsan.Kasihan Wawa!

No comments:

Post a Comment