Saya

Sunday, August 5, 2012

Novel Saya Part 2

                                                         Assalammualaikum cool friends,

                                            Saya nak post bab 2 novel saya.Hope you guys enjoy!


                                                                         Bab 2


Jam tangannya telah menunjukkan pukul 1:00 petang.Semua orang sedang menunggu kelibat Wawa yang di bawa ke klinik yang terletak di Pulau Pinang.Maya tidak boleh berhenti fikirkan tentang keadaan Wawa.Tiba-tiba,doktor keluar daripada bilik pesakit sambil tersenyum.Maya dapat rasa yang Wawa tidak akan apa-apa.”Cikgu,Wawa hanya perlukan tenaga yang banyak dan cukup rehat”doktor itu memandang tepat kearah Cikgu Sari.Semua mata tertumpu apabila suara Wawa menjerit dengan kuat.Semua orang berpaling antara satu sama lain.Mereka tidak tahu apa yang mereka patut lakukan.Wawa keluar daripada bilik pesakit itu dengan muka yang agak pucat.Maya yang dari tadi hanya tercegat di sebelah Cikgu Sari,terus berlari ke arah sahabat karibnya itu.Wawa hanya tersenyum kelat melihat telatah kawannya itu.’Syujur kepada Tuhan kerana telah menyelamatkan Wawa’.

Wawa tidak berkata apa-apa sejak daripada tadi.Cikgu Sari hanya bercakap dengannya sewaktu di klinik sahaja.Suasana di dalam ferri itu amat sunyi tanpa sebarang suara.Maya tidak faham apa yang telah terjadi.Mungkin mereka kepenatan rasanya.Tiba-tiba,dia teringat fasal Aie yang menegurnya di sekolah pagi tadi.’Adakah Aie hendak mengenakan aku seperti biasa ataupun sebaliknya,ya?’.Soalan yang sama sedang berlegar-legar didalam fikiran Maya.Maya ingin menjenguk Wawa yang duduk di belakangnya itu.Eh!Mana Wawa?Baru saja dia ternampak Wawa ke tempat duduknya tadi.’Mungkin dia ke tandas’.Maya tiba-tiba berasa pelik.Ferri AO-13 itu seolah-olah berhenti di tengah lautan.Kepalanya terasa pening dan tiada sesiapa pun di sekelilingnya!Maya tidak boleh menahan lagi kesakitannya lagi.Dia terus terjatuh ke arah penumpang yang duduk di sebelahnya iaitu..

“Dimana saya ini,Wawa?”tanya Maya dengan nada yang separuh sedar.”Kita sudah sampai di hotel penginapan kita di Langkawi ini”Wawa kelihatan sangat risau dengan keadaan Maya itu.”Tunggu sebentar,ya.Biar saya panggilkan Cikgu Sa kemari,okey?”Wawa bertanya dengan nada yang manja.”Okey.”Maya hanya tersenyum kelat saja.”Cikgu,Maya sudah sedar.Dia masih di dalam biliknya.”Wawa memberitahu Cikgu Sari tentang Maya.Cikgu Sari hanya menganggukkan kepala sambil berjalan ke arah bilik yang bernombor 25-8-SUIT.Setibanya Wawa dan Cikgu Sari di sana,mereka tekejut kerana Maya tidak ada di atas katilnya!Wajah Cikgu Sari dan Wawa kelihatan agak cemas.”Assalammualaikum,Cikgu Sa,Wawa”.Wawa dan juga Cikgu Sari terus berpaling ke arah pemilik suara tersebut.”Maya!”jerit Wawa dan Cikgu Sari dalam nada kelegaan.Maya tersenyum manis ketika melihat mereka berdua gembira.

No comments:

Post a Comment